Friday, August 3, 2012

Drama & Novel

Sekarang banyak drama dah diadaptasikan daripada novel. Sebenarnya idea dari novel ke drama or... dari drama menjadi novel. :) macam persoalan antara telur dan ayam yang mana keluar dulu??? Antara drama yang diadaptasikan daripada novel ialah seindah sakura.. lakonan Fasha Sandha.itu versi melayu. kalau english movie pun banyak jugak yang diadaptasi dari novel. Contohnya HArdy boys. Menulis novel atau skrip drama ni gifted atau pun satu usaha? Idea perlu lain dari pemikiran orang lain. nak buat jalan cerita yg syncronize dari satu bab kepada satu bab yang lain... SUSAHNYA... maybe sebab tu aku ni tak dapat jadi penulis, (nak tulis blog ni pun sebenarnya tak ada idea) Tapi novel ni kita baca even kita dah dapat nak agak ending macam mana.. kita still nak baca. Atau pun baca selang2.. intro.. tengah2.. dan ending..Sebenarnya apa yang kita cari untuk baca novel tu? mengahabiskan masa? atau hobi? Macam-macam novel yang ada kat pasaran. tapi yang trending mestila novel cinta. Dalam novel2 cinta ni hero tu mesti di gambarkan hensem kalau tak hensem yg pasti kalau jahat mesti romantik pastu baik last sekali. hehehe.. pengaruh novel ni memang hebat. impak dia kalau kena kat ibu mengandung lagi la hebatnya...baby yang keluar dapat la nama hero or heroin dari dalam novel tu. Kalau drama pulak.. sama je agaknya..pengaruh drama tu boleh buat penontonya addicted. 1. Addicted nak tengok ending 2. addicted nak kutuk jalan cerita (heheh senang dapat dosa kering) Kalau pelakon tu pandai bawak watak tak de la kena kutuk sangat. tapi yang kesian kalau pelakon tu sangat pandai menjiwai wataknya apatah lagi watak orang jahat..kena kutuk juga. Pada pendapat aku drama ni pun hasil dari kejadian semasa gak. kalau tak mana dapat idea nak belakon tu macam mana kn? Ini je pendapat aku pasal novel & drama. Saja terlintas di kepala apabila teringat minggu lepas baru baca novel "SUAMI KU TAK ROMANTIK TAPI AKUSTIK" dan semalam baru je perakhir penantian tengan drama "DEJAVU DI KINABALU" ( cerita yg buat aku lewat solat mahgrib) Alhamdullilah dah habis. Harap-harap lepas ni tak addicted dah dekat drama kul 7.

0 comments:

Post a Comment

 

Fatimazahrah Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template