Tuesday, August 28, 2012

CERITA HANTU

Sebenarnya bukan nak cerita pasal hantu... cuma nak meluahkan rasa terhadapa perkembangan cerita hantu di tv dan di facebook. nak percaya atau tidak pasal kewujudan hantu ini terpulang kepada individu.

Sebenarnya, terdapat pelbagai kesan sampingan yang secara tidak langsung terhasil akibat daripada lambakan cerita hantu di tv dan di facebook ini.

1. Anak2 yang tumpang sekaki membaca dan menontonnya mula buat perangai sbb takut ( ala budak kecik imiginasinya kadang2 terlampau ditambah dgn effect bunyi dan gambar). buat perangai nak melekat dgn org dewasa 24 jam /sehari . Cthnya nak g bilik air tu yg jadi tukang teman tu kena la menyanyi untuk memestikan ada kat depan tu. lagi naya kalau satu keluarga mak, ayah, abg, kakak , tok kena teman bersama2... susah!susah!!!.

2. terbantutnya perkembangan pendidikan berasrama yang asalnya bertujuan untuk memberi pendidikan akademik dan secara tidak langsung bertujuan memberi pendidikan sosial seperti hidup berdikari sendiri. Apa taknya.. macam2 cerita hantu asrama. Yg peliknya hampir semua asrama ada hantu yang sama... mak cik jual goreng pisang la, hantu tandas la, hantu orang sebelah la,.... aduh macam2 la... tak larat nk senaraikan

3. Kalau pada tok2 pulak.. kenangan perubatan pawang dan bomoh ni semakin diyakini. Asyik pengsan je mula mengata ada yg dengki dan menghantar... rosak akidah.

Semua di atas itu hanyalah sebahagian daripada kesan secara tidak langsung. Kepercayaan terletak atas individu.

0 comments:

Post a Comment

 

Fatimazahrah Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template