Tuesday, August 28, 2012

CERITA HANTU

0 comments
Sebenarnya bukan nak cerita pasal hantu... cuma nak meluahkan rasa terhadapa perkembangan cerita hantu di tv dan di facebook. nak percaya atau tidak pasal kewujudan hantu ini terpulang kepada individu.

Sebenarnya, terdapat pelbagai kesan sampingan yang secara tidak langsung terhasil akibat daripada lambakan cerita hantu di tv dan di facebook ini.

1. Anak2 yang tumpang sekaki membaca dan menontonnya mula buat perangai sbb takut ( ala budak kecik imiginasinya kadang2 terlampau ditambah dgn effect bunyi dan gambar). buat perangai nak melekat dgn org dewasa 24 jam /sehari . Cthnya nak g bilik air tu yg jadi tukang teman tu kena la menyanyi untuk memestikan ada kat depan tu. lagi naya kalau satu keluarga mak, ayah, abg, kakak , tok kena teman bersama2... susah!susah!!!.

2. terbantutnya perkembangan pendidikan berasrama yang asalnya bertujuan untuk memberi pendidikan akademik dan secara tidak langsung bertujuan memberi pendidikan sosial seperti hidup berdikari sendiri. Apa taknya.. macam2 cerita hantu asrama. Yg peliknya hampir semua asrama ada hantu yang sama... mak cik jual goreng pisang la, hantu tandas la, hantu orang sebelah la,.... aduh macam2 la... tak larat nk senaraikan

3. Kalau pada tok2 pulak.. kenangan perubatan pawang dan bomoh ni semakin diyakini. Asyik pengsan je mula mengata ada yg dengki dan menghantar... rosak akidah.

Semua di atas itu hanyalah sebahagian daripada kesan secara tidak langsung. Kepercayaan terletak atas individu.

Sunday, August 12, 2012

Arggh.. Audit Lagi !!!!

0 comments
Hari ni ada road show audit ( ish tensen betul la dengan pernah ada pengalaman kena NCR hari tu)

Secara personal nya fety memang tak suka audit ni. borang-borangnya leceh. header la.. footer la.. sangat meremehkan..

mengajar tu seronok.. tapi bila buat benda-benda macam tu buat fety fikir 10X boleh bertahan ke dengan kerjaya ini....

AGGGGHHHH.... just share mood UNHAPPY :) sebab kehadiran roadshow audit ini.

Iklan Raya BERNAS

0 comments
Aidilfitri hari kemenangan dan kegembiraan untuk semua ummat Islam. Bersyukurla bagi yang masih mempunyai keluarga untuk diraikan bersama. Namun, buat yang tidak bernasib baik.. ada ruang untuk meraikan bersama. Sesungguhnya semua Umat Islam itu adalah bersaudara.

Tonton la iklan Raya Bernas semoa kita lebih meghargai saudara dan keluarga di musim perayaan ini.



Friday, August 3, 2012

Drama & Novel

0 comments
Sekarang banyak drama dah diadaptasikan daripada novel. Sebenarnya idea dari novel ke drama or... dari drama menjadi novel. :) macam persoalan antara telur dan ayam yang mana keluar dulu??? Antara drama yang diadaptasikan daripada novel ialah seindah sakura.. lakonan Fasha Sandha.itu versi melayu. kalau english movie pun banyak jugak yang diadaptasi dari novel. Contohnya HArdy boys. Menulis novel atau skrip drama ni gifted atau pun satu usaha? Idea perlu lain dari pemikiran orang lain. nak buat jalan cerita yg syncronize dari satu bab kepada satu bab yang lain... SUSAHNYA... maybe sebab tu aku ni tak dapat jadi penulis, (nak tulis blog ni pun sebenarnya tak ada idea) Tapi novel ni kita baca even kita dah dapat nak agak ending macam mana.. kita still nak baca. Atau pun baca selang2.. intro.. tengah2.. dan ending..Sebenarnya apa yang kita cari untuk baca novel tu? mengahabiskan masa? atau hobi? Macam-macam novel yang ada kat pasaran. tapi yang trending mestila novel cinta. Dalam novel2 cinta ni hero tu mesti di gambarkan hensem kalau tak hensem yg pasti kalau jahat mesti romantik pastu baik last sekali. hehehe.. pengaruh novel ni memang hebat. impak dia kalau kena kat ibu mengandung lagi la hebatnya...baby yang keluar dapat la nama hero or heroin dari dalam novel tu. Kalau drama pulak.. sama je agaknya..pengaruh drama tu boleh buat penontonya addicted. 1. Addicted nak tengok ending 2. addicted nak kutuk jalan cerita (heheh senang dapat dosa kering) Kalau pelakon tu pandai bawak watak tak de la kena kutuk sangat. tapi yang kesian kalau pelakon tu sangat pandai menjiwai wataknya apatah lagi watak orang jahat..kena kutuk juga. Pada pendapat aku drama ni pun hasil dari kejadian semasa gak. kalau tak mana dapat idea nak belakon tu macam mana kn? Ini je pendapat aku pasal novel & drama. Saja terlintas di kepala apabila teringat minggu lepas baru baca novel "SUAMI KU TAK ROMANTIK TAPI AKUSTIK" dan semalam baru je perakhir penantian tengan drama "DEJAVU DI KINABALU" ( cerita yg buat aku lewat solat mahgrib) Alhamdullilah dah habis. Harap-harap lepas ni tak addicted dah dekat drama kul 7.

Thursday, August 2, 2012

Blogging again...

0 comments
Hari ini adalah hari ke-15 berpuasa. Ada kursus blog di GCL.  jadi menggunakan peluang yang ada untuk menulis... agak sibuk beberapa hari yang lepas menyebabkan tidak menulis lagi...
try untuk buat tulisan yang moving dalam post..


MARI MENULIS
 

Fatimazahrah Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template