Lagi beberapa hari akan datangnya bulan Ramadhan.. Tak sabar rasa nak berpuasa. Sempat atau tidak melaksanakan Rukun Islam yang ke-3 itu. rasa yang sangat berbeza untuk menyambut Ramadhan kali ini. Baju raya untuk adik dan anak buah dah dibelikan.. takut tak sempat.
Puasa kali ini pastinya sunyi, berbuka dan bersahur sendiri. Tapi pastinya masjid di rumah sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci. Nikmatnya berumah dekat dengan masjid.. tidak perlu ke masjid dapat mendengar ceramah. Bulan ramadhan ini mungkin lebih banyak lagi aktiviti di masjid tersebut. Alhamdullilah
Semoga ramadhan kali ini adlah antara ramdhan yang terbaik antara semua yang pernah aku lalui.. terima kasih Ya ALLAH atas nikmatmu... AMIN
GIRRAFE RACK
10 years ago